Hantaran merupakan item mesti ada dalam sesuatu perkahwinan, tidaklah wajib tapi dah jadi adat kaum Melayu turun - temurun. Disediakan sama ada semasa pertunangan, akad nikah atau hari persandingan.
Dah masuk pertengahan tahun 2019, trend dan cara kerja generasi sekarang pun dah berubah. Semua semakan pantas, sibuk & mahal. Walaupun taraf hidup meningkat, tapi masa menjadi semakin padat. Semua perlu diselesaikan dalam masa yang diperuntukkan. Dalam masa yang sama perlulah "affordable".
Majlis perkahwinan juga tak terlepas daripada masalah ini. Nah! tak perlu cerita semua proses & "journey" untuk menyediakan kekengkapan perkahwinan, hantaran saja dah cukup memeningkan kepala bakal pengantin.
Untuk sesuatu majlis perkahwinan, ini senarai yang perlu diambil kira sebelum menyediakan item - item hantaran.
1. Dulang / Par

- Berapa jumlah hantaran yang korang nak buat nanti, pihak perempuan mesti lebih banyak dari pihak lelaki. Jumlah mesti ganjil. Selalunya kalau pihak lelaki akan sediakan 5 dulang pihak perempuan akan balas dengan 7 dulang. Nak lebih pun boleh bergantung pada bajet masing - masing.
- Harga dulang bergantung kepada jenis & tema yang dipilih. kalau jenis plastik, harga selalunya bermula dari RM 35 ke atas bergantung jenis design. kalau nak yang jenis logam atau tembaga, sediakan bajet yang lebih ye. Harga minimum dalam lingkungan RM200 ke atas untuk 1 dulang. kalau nak bajet, plastik atau palet kayu pun dah ok
- Anggaran kos minimum untuk pembelian dulang untuk pihak perempuan.
RM35 x 7pc = RM245
2. Base / Alas hantaran / Pillow
- Base untuk hantaran biasa agak murah, bermula dalam RM1.50 ke RM5 untuk jenis polisterin sahaja. Balutan atau kulit base bergantung kepada tema & citarasa. Utuk jenis kain satin plain tanpa hiasan anggaran dalam RM9 ke atas untuk semeter. Yang lebih "fancy" & cantik seperti jenis sequin, fur, lace atau silk harganya lebih mahal. Anggaran semeter kain balutan boleh pakai untuk 4 base hantaran.
- Anggaran kos purata minimum alas hantaran untuk pihak perempuan.
RM4 x 7pc = RM28
3. Bunga Dekorasi
- Ok, ini sebenarnya yang membuatkan kos hantaran jadi tinggi. Harga bunga juga bergantung kepada design & jenis bunga, kalau jenis plastik desian "bishe - bishe" korang boleh dapat dalam RM7 ke atas untuk sekuntum. Nak yang cantik, harga boleh mencapai hingga RM250 sekuntum. Satu hantaran jenis half flower akan guna dalam 2 ke 3 kuntum bunga tak termasuk dedaunan berguguran. Dedaunan harga dalam RM4 ke RM5 utk 1 dulang hehe.. bergantung pada tema korang. Kalau full flower lg mahal. Kalau pakai bunga fresh lagi - lagi lah mahal.
- Anggaran kos purata minimum bunga deko hantaran untuk pihak perempuan.
RM50 x 7pc = RM350
4. Lain - lain aksesori hiasan
- Manik & labuci paling murah = RM3 satu paket. At least guna 3 jenis kan?
- Ribbon jenis biasa dalam anggaran = RM5 segulung
- Anggaran kos purata minimum aksesori hiasan hantaran untuk pihak perempuan.
RM9 + RM5 = RM14
5. Tool / Peralatan
- Okey tool kena ada lah untuk buat kerja. Kalau dah ada boleh jimat. Kalau belum ada kena sediakan. Basic tool seperti gunting, glue gun, glue stick, jarum & pisau.
- Anggaran harga tool hiasan hantaran untuk pihak perempuan.
Keseluruhan tool = RM50
========================================================================
Anggaran total harga untuk keseluruhan material untuk siapkan dulang hantaran tak termasuk barang - barang ada lah seperti berikut :
RM245 + RM28 + RM350 + RM14 + RM50 = RM687++
========================================================================
========================================================================
Banyak kan? Itu tak termasuk barang yang nak diletakkan di atas dulang lagi. "Time consume", "energy" & "effort" belum diambil kira. Agak penat sebenarnya nak hadap, tambah - tambah tengah sibuk berkerja. Duduk di bandar majlis di kampung. Mana ada masa. Boleh pening jadinya.
Korang boleh kata macam ni. Ahhh!! tak apa, majlis sendiri, boleh buat slow - slow. Jangan macam tu korang. Selalu yang kami dapat yang dah ada barang tapi tak sempat buat sebab tak sempat.
Satu lagi andaian alasan kurang bijak yang selalu kami dengar, konon nya barang hantaran boleh simpan untuk kenangan atau adik beradik lain boleh guna. Berhabuk je barang - barang tu dalam almari, sebab bila turn adik korang nanti trend dah berubah, diorang pun ada cita rasa sendiri, silap - silap buang je. Kan membazir?
========================================================================
So. Jangan susahkan diri korang. Biar lengkap majlis korang nanti. Hantaran? serahkan pada yang pakar.
Kami di SHM Taiping berpengalaman menyediakan gubahan dulang hantaran kepada ramai pengantin. Dengan design terbaru, minimalis, cantik & semestinya dengan harga mampu milik.
========================================================================
HARGA SEWAAN BERMULA SERENDAH **RM20 SEDULANG
Anggaran harga minimum sewaan hantaran untuk pihak perempuan.
RM20 x7pcs = RM140 Sahaja
Nampak x perbezaan? Banyak boleh jimat kan? Duit lebih tu boleh buat beli kelengkapan rumah nanti. Korang pun tak penat & pening nak memikirkan. Pilih saja design dari katalog kami. Serahkan pada penggubah kami untuk setelkan kerja untuk korang.
Nak buat tempahan macam mana? Ok yg tu nanti saya letak dalam next artikel. Kalau nak lebih mudah, just klik je link ni untuk whatsapp dengan Admin sewaan hantaran ye.
Kredit : Pesona Pengantin, SHM HQ, SHM Taiping, Google
No comments:
Post a Comment